Friday, March 11, 2011

bukti yg menyatakan paris hilton memeluk islam adalah palsu



pagi tadi sewaktu tersebar berita mengenai seorang simbol seks bernama Paris Hilton telah memeluk Islam, saya telah menyiarkan satu tulisan menafikan berita itu dan menyatakan bahawa berita itu palsu. Gambar Paris Hilton yang memakai tudung lengkap persis seorang muallaf juga saya katakan adalah satu imej yang telah diberikan sentuhan perisian seperti Photoshop - ertinya gambar itu pun ternyata palsu. Seorang pengunjung tanpa nama meminta untuk membuat penjelasan lebih lanjut terhadap foto yang dikatakan palsu itu.
Justeru itu di sini akan buktikan bahawa gambar yang tersebar itu sebenarnya adalah palsu. Pada mulanya ingat sulit juga untuk membuktikan kerana gambarnya nampak seperti real, tetapi apabila diperbesarkan sekitar 200-400% gambar berkenaan terpampang jelas ianya begitu cacat. Cuba lihat analisis ini.

Di sekeliling wajah Paris Hilton yang memakai tudung itu terdapat petak-petak pixel yang tidak sekata dan ternyata ianya ton warnanya tidak licin. Lihat gambar di bawah ini. Perhatikan petak-petak pixel di kawasan tudung yang menyentuh pipi. Pixel sebegini tidak wujud di foto asli.


Tinjauan yang lebih tepat jika kita tumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu wajahnya:

mulakan dengan sebelah kiri wajahnya. Amat ketara ianya telah pun mengalami sentuhan perisian komputer. Wajah Paris Hilton dilekapkan ke atas wajah sebenar orang yang memakai tudung, kemudian cuba diperbaiki tepi-tepi tudung yang menyentuh pipi Paris Hilton di dalam gambar di atas.
Bahagian B

Apa pulak ada warna kotak yang lebih merah dengan warna yang lebih gelap di bahagian bibir? Tak ada kamera yang melakukan demikian kecuali ia sentuhan dari perisian komputer.

Bahagian C

Pipi di sebelah kanan. Ternyata ia menggunakan carikan warna dari pallete untuk mamadam pixel yang tak seimbang. Dan untuk merumuskannya, menguji ia di satu perisian untuk menyemak"metadata exif" foto berkenaan.



SAHIH! Menurutnya, foto asalnya telah diubah dan diedit menggunakan Adobe Photoshop.

ASSESSMENT: Class 1 - Image is processed/edited

Keaslian foto yang tinggal hanyalah sekitar 10% sahaja.


sumber dari : GB



No comments:

Post a Comment