Wednesday, October 21, 2009

yahhuuu

besok daftar balik masok sem baru. sem4 da. senior da ni. haha. best giler biler dapat lepak balik kat asrama, xde lar bosan je ni. kat kawan2 pon da rindu da ni, futsal, kelas, lecture, dan paling rindu orang rumah. haha. woi hostel kuis, kau tunggu kedatanganku. malam ni pulak ade game manchester united vs CSKA moscow kul 12.25 kat ESPN. tengok lah weh. haha.

pesanan
blog da jarang update pasni, hostel lg seronok dari blog. haha:

alumni SAMTEN

da besa da sume ni. haha



poyo je ni, padahal xmakan durian pon. haha



pendahuluan:
mase ni lah yg di tunggu2. dapat lar jumpe membe2 lame balik. makan n lepak same. hm. dinner ni kene bayar rm20, engatkan bayar rm20 dapat r makan piza ke, kfc ke, tapi just makan mee dan makanan ringan2 je. xberbaloi betol.

seronok:
sbb dapat jumpe membe lame

seterusnya:
lepas dinner tu, gi men futsal kat kajang lak. balik kul 5 pagi. cuaca plak ujan lebat. mmg sadis je. selamat tido tumpang tido umh khalil kat nanding, dekat r sket.

mengantok giler:
dapat tido kejap je, kul 8 bgn anta fitri amad gi pudu, baru r dapat balik umh. balik umh bukan dpt tido pon, kene bwk mak gi open house sedara kat nanding jugak(patah balik). ayah xde, out station. blk dr open house baru dpt tido.

Thursday, October 15, 2009

ngantok ngantok ngantok

hmm.:
malam td da r tido kul 4:15pagi sebab tgk bola. padahal game bosan je. engatkan best. tapi england ngn spain tetap menang. haha

bertambah ngantok:
biler da stat tido tu, tapi tak dapat tido lame r, pukul 6stengah da bangun smayg subuh, kul 7 anta adik gi skola. blk umh dapat tido kejap, pukul 8 anta mak plak. sampai umh dlm pukul 8stengah centu, sambong lar tido jap sampai pukul 10. tu pon rase xcukup.

kisah malam tadi:
malam tadi bukak r myspace kejap, usha r sape yg on9, pastu nampak membe mase same tempat keje dulu on9 gak, bukak page dye, pastu tgk gamba, biler pasan satu gamba tu watkan rase teringat mase zaman keje dulu. memang tocing kejap r.


ni ha gamba nye, ni lar satu2 nye gamba yang ade, yang lain2 sume da ilang.

Wednesday, October 14, 2009

dah hari rabu rupenye

macam biasa:
anta mak gi keje

risau:
adik still demam

watpe je:
download cerita, tgk tv, naruto

happy sangat:
lina da abes exam, arini paper last, fundimental.

risau sket:
fundimental da lar susah

btw:
gud luck to lina, biler nk sihat ni dik

peminat² bola sepak:
tengah pagi ni ade game: bosnia vs spain channel 811 kul 1:55-4:00
: england vs belarus channel 813 kul 2:55-5:00

ape nk wat malam ni:
nk bgn awal tgk bola, .... tak nak tido ah.

jutawan syarikat binaan, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak halang capai kejayaan

keratan dari kosmo! 141009

(dipetik dari keratan kosmo sebab keratan ni sangat berguna)

PRINSIP hidup yang diamalkan wanita bersemangat waja ini senang sahaja. Tiada jalan mudah untuk mengecapi kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Setiap cabaran dan dugaan yang mendatang tidak harus dijadikan batu penghalang dalam meniti kejayaan, sebaliknya ia dijadikan panduan supaya diri tidak tergelincir sekiranya sudah berada di puncak.

Itulah pegangan pemilik sebuah syarikat pembinaan, Rohani Baba, 53, dalam usaha meletakkan dirinya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Menurutnya, kesabaran dan disiplin adalah aset utama yang menjadi pegangannya sebelum mengambil keputusan menceburi bisnes bersama suami tercinta, Noorman Ismail dengan menubuhkan syarikat Rohani Baba Sdn. Bhd. pada tahun 1979.

“Pada awalnya kami sememangnya tiada langsung kepakaran dalam bidang ini. Saya pula setakat tamat sekolah menengah sahaja.

“Suami pula mengambil jurusan seni bina ketika belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur,” ujarnya.

Buka syarikat selepas kahwin

Pada usia 25 tahun, Rohani mendirikan rumah tangga bersama Noorman.

Menurutnya: “Saya dan suami ambil keputusan untuk menubuhkan syarikat bisnes kami itu tidak lama selepas bergelar suami isteri.”

Ibu kepada dua orang anak ini membuktikan walau dengan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia juga mampu mencipta kejayaan sepertimana golongan berpendidikan tinggi yang lain.

Menjadikan suaminya sendiri sebagai ikon untuk terus berada di ambang kejayaan, Rohani kini sudah mampu tersenyum bangga melihat segala kemewahan yang berjaya diraihnya hasil kerja keras dalam bisnes yang diusahakannya selama ini bersama suami tercinta.

Kejayaan syarikat miliknya menjana keuntungan mencecah berjuta-juta ringgit, hasil daripada projek yang kebanyakannya diperoleh daripada sektor kerajaan, Rohani bagaimanapun mengakui bukan mudah untuk berada di dalam bisnes tersebut.

“Seingat saya, projek pertama yang kami dapat ialah projek bernilai RM10 juta di Pulau Pinang. Ketika itu kami dapat tender untuk membina bangunan untuk kuarantin barangan.

“Bermula dari situ, kami mula berusaha untuk mendapatkan lebih banyak projek,” katanya.

Projek mega RM25 juta

Menurut Rohani, antara projek yang diusahakan syarikatnya termasuklah membina masjid, sekolah, asrama dan juga bangunan-bangunan kerajaan.

“Projek terbesar yang pernah diperoleh syarikat kami bernilai RM25 juta,” akuinya.

Dalam pada itu, Rohani memberitahu, cabaran terbesar dalam meluaskan empayar perniagaannya ialah ketika negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1998.

“Saya dan suami terpaksa mengerah keringat siang dan malam demi memastikan bisnes yang kami usahakan tidak terhenti begitu sahaja.

“Saya tak nafikan bisnes kami agak teruk ketika itu, terutama disebabkan tekanan yang timbul daripada beberapa masalah.

“Selain daripada kesukaran mendapat projek baru, dalam perniagaan, biasalah, mesti ada yang tak suka dan dengki. Ada sahaja pihak yang cuba mencantas projek yang diusahakan syarikat kami itu. Namun, alhamdulillah rezeki tetap ada walaupun banyak halangan,” luah Rohani.

Tambahnya: “Biarpun begitu, saya bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat tabah. Dia banyak bersabar dan dengan hasil usahanya yang tanpa mengenal erti jemu, perniagaan kami sekeluarga dapat diselamatkan.”

Setia dengan Radzuan Radziwill

Menyentuh pula mengenai gaya hidupnya, Rohani dengan rendah diri menyatakan semua yang diperolehnya hari ini adalah rezeki yang telah diberikan oleh Tuhan.

Berbicara lanjut, Rohani menegaskan dia tidak gemar membeli barangan dari jenama luar negara.

“Saya bukanlah seorang yang suka membeli-belah. Kesemua pakaian saya dibuat di butik Radzuan Radziwill, Saya sendiri pun dah selesa dengan rekaan dia sejak dulu lagi dan setia dengan Radzuan seorang sahaja. Barangan rumah termasuk langsir pun dia yang jahitkan.

“Kalau melancong pula memang jarang. Kali terakhir kami melancong ke luar negara ialah pada tahun 1990, di London. Sejak itu kami tidak lagi melancong sebab masing-masing sibuk kecuali jika ada kelapangan kami akan terbang ke Indonesia,” tuturnya yang memiliki hobi menanam bunga.

Sebagai usahawan, ibu dan isteri, Rohani tidak menafikan kadangkala dia juga berhadapan dengan masalah pembahagian waktu.

Tuesday, October 13, 2009

alumni SAMTEN

copy from: alumni-samten.blogspot.com/

Notis Perjumpaan Hari Raya 2009 (Terkini)

Assalamualaikum....



Persatuan Alumni SAMTEN akan mengadakan Perjumpaan Hari Raya 2009 seperti berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Dewan Az-Zamakhsyari
Kupon : RM20.00 (Sumbangan kepada persatuan)


Semua bekas pelajar SAMTEN (1983 - 2008), guru-guru dan kakitangan SAMTEN dijemput hadir ke Perjumpaan Hari Raya Persatuan Alumni 2009.

Untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran, sila hubungi:

En. Fazali 019-215 8733, Ust. Huzairi 013-347 9709 dan Cik Salizan 017-367 1949.

* Kupon boleh didapati daripada AJK Tertinggi Persatuan

Aturcara (Dikemaskini)

6.50 petang Ketibaan hadirin

7.03 malam Solat Maghrib berjemaah

8.11 malam Bacaan Yaasin dan tahlil

8.30malam Solat Isya’ berjemaah

Persembahan multimedia

Ucapan aluan oleh Yang Dipertua

Jamuan makan

Acara selingan:
Ucapan Selamat Hari Raya dan lagu raya

Cabutan bertuah/ permainan

Sesi bergambar

Bersurai





* Sila ambil maklum, penjualan kupon berakhir pada 13 Oktober 2009. Adapun selepas itu sila berunding dengan 3 orang pegawai di atas.

*Sebarang sumbangan untuk menjayakan majlis amatlah dihargai dan dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

*Kepada bekas pelajar SAMTEN yang membaca notis ini diharap dapatlah disebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

* kepada sesiapa yang bekerja sekitar KL dan nak beli kupon sumbangan jamuan hari raya, boleh hubungi sdr. abufawwaz ditalian 019-3802496, sedia ke tempat kerja anda.

* Kupon sumbangan jamuan hari raya mula dijual pada hari rabu (7 Okt. 2009) InsyaAllah

131009

rase tenang sket:
sebab takyah anta mak dan adik, mak, ayah da tlg anta kn, adik plak demam campak.

risau sket:
adik bongsu demam campak

pagi yang meriah sket:
umh tak rase sunyi sgt sebab adik laki yg lg sorang tu takgi skola, teman adik bongsu aku kt umh ni.

kerja tetap kerja:
amek adik ke-2 tetap kene. HUHU.

my wish for lina:
arini lina exam lagi. so, gud luck to you. i always pray u be the best

bosan sket:
xdpt masej ngn lina sangat, tp dye arini ade satu paper je, bussiness statistic, kul 230 td. mase dye exam ni tgk tv je r.

cerita yg dilayan tiap² hari:
selalu layan cite naruto kt channel 616 pukul 2:00-3:00

hari yg cukup tak sihat

rase semacam:
6stengah pagi da bangun smayg subuh, lepas tu sambong tido blk. tak tau nape rase macam tak larat.

rase relaks sket:
mak ngn adik tak gi skola n keje. dua² demam.

baru sedar:
idung rase penuh, kepale rase pening, baru tau rupenye nak demam jugak.

agak mengeluh sket:
pukul 9stengah da kene gi bank plak amek rodtax kete ngn bank in cek.

cuaca merisaukan keadaan
mase nak balik umh hujan plak, redah je r.

tidak melepaskan peluang:
sampai umh tros tido blk

tambah tak larat lagi:
pukul 1 bgn amek adik lain plak. sampai umh smayg, mkn sambong tdo sampai pukul 6stengah. smayg asar pon lmbt. HUHU.

kisah sampingan:
lina(orang rumah) plak ade final exam dari arini sampai ari rabu, mase final exam dulu dye xde, sebab dye sakit n masok hospital mase, sian dye, sbb tu r sekarang baru dye nk amek final.

btw:
gud luck to lina and to mother n brother, hope cepat sembuh

Monday, October 12, 2009

beraya ke rumah adi bouncer plak


arini perjalanan ke open house kwn diteruskan ke ruma adi bouncer. asal nye kitorang pnggil dye adi bonzer@bontot kuda, haha, tp satu ari 2 sir zin plak bg name baru kt dye iaitu adi bouncer, xtw npe, mybe bontot dye kot yg bole bounce2. hahaha. cerita diteruskan pada pukul 3ptg, kitorang kene bertolak dari rumah dan berkumpul di masjid langat, sampai2 masjid je tros azan asar, kitorang pon benti smayg jap, mase 2 yg ade kt masjid 2, aku, adi safi, bad n raman kasim. apisz dye tnggu kt surau nanding, x jauh dari situ. lepas selesai smayg 2 kitorang tros gerak ke ruma adi bouncer. mase kitorang sampai 2, ade yg lg awal dr kitorang ni, dak2 yg ade mase 2 adi rosli, jabbal, farah, fatin, zue, atiwah, aisha roslan. pompuan tiada dlm gmba. hehe. lepas 2 kitorang menjamu selara plak. makanan yg ade mase tu ialah, nasi minyak, lauk sotong, ayam, agar2. mcm2 ag r. xengat r. haha. pas mkn 2 kitorang borak2 jap, then lepak2 tepi sungai, ha, cakap pasal sungai, blakang umh adi bouncer ni ade sungai tau, ade sejarah kt sungai 2. membe sekolah kitorang, iaitu maca n fitri amad penah lemas kt situ, mula2 dorang engt cetek je, sekali dalam daa. nasib bek dorang dpt dselamatkan, kalo tidak, arwah da 2. huhu. berbalik pada cite, lepas lepak2 tepi sungai 2, kitorang pon blk ke ruma masing2.

adi bouncer yg syial


ni ha wanita2 yg ade mase tu

Wednesday, October 7, 2009

sedikit sebanyak kisahku semasa cuti semester


arrgghh. cuti yg membosankan:

bosan:
aku asek terperap je kt umh ni ha. kerja harian buat bende same je tiap2 hari. kerja tanpa gaji plak tu. haha. tp xpe r. da mmg tugasku sebagai anak sulung kan. kerja setiap hari, seawal jam 6stengah pagi, bgn tdo, pas2 smayg subuh, lepas 2 lepak2 sambil2 sarapan sampai pukul 7. pastu wat kerja hantar adik2 ke sekolah. pkul 8 plak anta mak ke tempat kerja nye. spatot nye mak gi keje ngn ayah, tp dsebabkan ayah da ditukarkan tmpt keje kat subang jaya, terpaksa lah kne anta mak. balik2 umh plak kemas blik sket n on9 je. haha. kerja just anta n amek mak n adik2.

seronok:
dpt kuar k.l pagi2 ni. dpt usha pelbagai ragam org k.l ni nk pegi tempat keje mereka. dpt tengok ragam manusia yg membuat kdg2 tergelak sorang2.

tension sket:
jalan jem giler

kesian:
ari2 ade seorang perempuan kemalangan di jln raye. rase mcm nk tg, tp dsebabkan ramai yg da tlg, xpe r. pahala org xnk r kaco. huhu. ade lg. aritu ade sorang amoi ni kerosakan kereta nya. punyalah ramai yg tlg dan semua yg tlg itu adalah lelaki. haha. aku membayang kan kalau lah kereta aku yg rosak 2, ade x org ramai2 nk tlg mcm dorang tlg amoi 2. haha.

terasa sangat tak sabar:
cuti tnggal 2 minggu je lg. xsaba nye nk blk hostel. hostel lg best dr umh. hostel ramai membe, n sume membe dekat2, mak ayah pon xd, bole wat ape yg suka kt sane. hehe. n aku jugak terasa dkt je ngn seseorang, sape dye 2, ha ini yg kite xtw ni(slh satu sedutan dlm filem lost dan faun). hehe.

gamba ini
gi pejabat mara sebab nk claim duet.

penat
lepas gi pejabat mara, pegi times square lak jalan2. mase ni gi dgn apisz, mgt n syamer. lenguh2 kaki r mase ni. abes satu times square tu pusing. times square ni da r besa, bak kate ayah, pusing 2 hari pon xabes. huhu. tp sempat gak r bli satu kemeja kt sini. huhu.

Sunday, October 4, 2009

perjalanan semasa raya ke rumah kwn2(zuefarhana)


haha. gelak lu jap sbb tgk pic ni. mase ni kitorang gi beraya kt umh zuefarhana. mule2 kitorang gerak dr umh masing2 kul 1230, pas2 gi amek adi, n apisz, pas2 baru r grak. sblom kitorang sampai 2, kitorang snggah masjid jap smayg zohor, haha, ni pon nk cite, sambil 2 tnggu arai lak. then baru r gerak gi umh zue. agak payah jugak r nk cari umh dye ni, pendalaman 2. huhu. biler da jumpe umh dye 2, kitorang terkejut sbb ade sorang mamat ni tibe2 ade, haha. hadi rosli namenye. tah mcm mne dye tibe2 muncul pon xtw. tp ok r, dapat r kitorang sume kumpul lepak same2. bkn selalu dpt rase ceni kn. huhu. biler da sampai 2, tgk2 ade r dak pmpuan len yg lg awl dr kitorang, yg awl mase 2 atiqah zali, fatin nabilah n farah. mkanan yg zue sediakan punye r bnyk, ade spegeti, agar2, laksa. sampai x terhabis kitorang nk mkn sume 2. biler kitorang da hampir sejam lepak kt situ, da pasang niat nk blk da ni, tibe2 sir zin n fatimatun lak smpai n dorang pon nk wat bufday party tuk sir. agak meriah r bufday party 2. huhu. siap kek skali 2. kek 2 bkn beli, tp dbuat oleh zue, fatin, atiqah n farah. sdp jugak r, pandai gak dak2 ni wat ye. haha. pas2 budak2 yg wat kek ni bg adiah kt sir, adoah nye handset lak 2, giler r dorang ni, aku nye bufday xnk bg handset plak. haha. pas da abes sume 2, kitorang bergerak ke rumah bad pulak. sampai kt umh bad, kitorang da bisambut oleh abg nye. hehe. mkanan yg ade kt umh bad pulak nasi dgn ikan goreng, sotong, n mee. air pulak bandung. ade satu kesah lawak mase amek air, kitorang sume amek air ade jugak warna bandung 2, pink kn, sampai adi je, dye jd pudar, jernih je air dye. kene r dgn sifat adi yg slow n jernih je 2. haha. lepas da lame lepak 2, kitorang pon blk, jln agak jem r mase 2, tension je.

kek yg dorang wat tuk sir zin