Sebanyak 6 kenderaan terbabit di dalam kemalangan maut ini iaitu Bas ekspress Delima, Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, Toyota Vios, Perodua Myvi, Honda Accord, dan Toyota Hiace.
Kemalangan yang membabitkan 6 kenderaan ini mengorbankan 12 orang dan 40 orang yang lain cedera parah.
Kemalangan ngeri ini disifatkan paling tragis untuk tahun ini.
Kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit menghempap dua kereta dan kemudian melanggar sebuah van sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.
PERHATIAN: Gambar di bawah sekadar untuk paparan umum dan memberi pengajaran kepada pengguna lebuhraya di Malaysia.
No comments:
Post a Comment