Monday, January 2, 2012

Senarai 10 Saman Paling Mengarut

Los Angeles – Saman yang dikemukakan oleh penculik ke atas mangsanya sehingga dia ditangkap oleh polis, menduduki carta teratas dalam 10 Saman Paling Mengarut pada tahun lalu yang dikeluarkan oleh ILR.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan ILR itu, saman `gila’ dan mengarut itu menjadi bahan ketawa banyak pihak.

Presiden ILR, Lisa Rickard dalam kenyataan itu berkata, ia juga menunjukkan bahawa undang-undang telah disalah gunakan oleh pihak tertentu yang bukan sahaja menyebabkan kehidupan mereka yang disaman terjejas, malah ia juga memberikan kesan kepada pekerjaan dan pembangunan ekonomi negara.

Keputusan tinjauan saman paling mengarut itu dibuat oleh orang ramai yang mengundi melalui laman web FacesOfLawsuitAbuse.org .

Dan ini adalah senarai 10 Saman Paling Mengarut tahun lalu yang dipilih oleh orang ramai.

• Pasangan penculik menyaman mangsa kerana gagal membantu mereka mengelak daripada ditangkap polis

• Seorang lelaki yang membawa senjata haram ke dalam bar dan cedera dalam pergaduhan telah menyaman pemilik bar berkenaan kerana gagal mencarikan senjatanya.

• Seorang remaja menyaman ibunya kerana gagal menghantar kad dan mainan yang disukainya.

• Seorang wanita yang tidak bersetuju dengan pulangan wang sebanyak 80 sen telah menyaman pemilik pasaraya sebanyak AS$5 juta.

• Seorang ibu menyaman pemilik pra sekolah berhubung prospek kolej untuk anaknya.
• Seorang lelaki mengemukakan saman dengan alasan hakim yang mengendalikan kesnya terlalu tua.

• Seorang lelaki yang obes telah mengemukakan saman kerana ruang di gerai kedai burger terlalu sempit.

• Wanita menyaman penerbit filem kerana tidak banyak aksi memandu dalam filem bertajuk Drive.

• Penumpang sebuah kapal cruz menyaman kapal itu kerana bergerak terlalu laju sehingga menyebabkan bergoyang ke kiri dan kanan.

• Seorang ibu menyaman Chuck E. Cheese kerana permainannya menggalakkan kanak-kanak berjudi.

Friday, December 23, 2011

PERHATIAN!! Sangat penting untuk anda dan keluarga anda

Di dalam kehidupan kita, pelbagai cabaran dan dugaan akan dihadapiseperti kemalangan dan penyakit. Bagaimana kita menangani hal tersebut akan mempengaruhi kehidupan kita.

Langkah yang bijak akan memberi sinar dan harapan. Sebaliknya, kemurungan dan kerisauan akan membelenggu diri. Maka, Takaful Ikhlas akan memberi jalan atau penyelesaian yang sesuai untuk diri anda. Selain itu, kita bersama-sama memperjuangkan Muamalat Islam melalui TAKAFUL.

Anda ingin melindungi diri anda dan keluarga dari sebarang kemalangan dan kecelakaan. ANDA hanya perlu memberi maklumat untuk mendapat Quatation yang lengkap seperti berikut :

Nama
Jantina
Tarikh lahir
Jenis pekerjaan dan tugas
Anggaran budget sebulan
Merokok atau tidak
e-mail

Maklumat lebih lanjut boleh berhubung ;

Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Amirul Fikri Zairol Alam
amirulfikri07@gmail.com
0132714046

Terima kasih kerana membaca sehingga habis.
Risiko ada di mana-mana....Sayangilah mereka yang masih hidup. Jika kita tiada nanti...Sediakan kesenangan untuk mereka.